Evolusi Ibn Miskawayh

Ibn Miskawayh adalah antara orang yang pertama yang menjelaskan ide evolusi. Muhammad Hamidullah menerangkan ide yang boleh dijumpai dalam buku al-Fawz al-Asghar seperti berikut:

"[Buku ini] menyatakan bahawa Tuhan menciptakan jirim dan menyalurkan jirim ini dengan tenaga agar ia boleh berkembang. Jirim kemudiannya menjadi wap, yang akan menjadi air selepas tempoh tertentu. Langkah seterusnya adalah perkembangan hidup bahan galian. Pelbagai jenis batuan berkembang dan bentuk tertinggi yang boleh dicapai oleh galian mineral adalah mirjan (batu karang). Hal ini demikian kerana karang mempunyai dahan-dahan seperti pokok. Selepas itu, jirim tadi akan berevolusi pula ke alam tumbuhan. Evolusi ini akan berterusan sehingga akhirnya menjadi pokok yang mempunyai ciri-ciri haiwan. Inilah pokok kurma. Pokok kurma mempunyai jantina lelaki dan perempuan. Ia tidak mati jika semua dahannya dipotong, tapi ia mati hanya apabila kepalanya (pucuk atau daun di bahagian paling atas pokok) dipotong. Kerana itu, pokok kurma dianggap yang tertinggi dalam alam tumbuhan tetapi terendah dalam alam haiwan. Dari alam pokok lahirlah haiwan yang paling rendah tarafnya. Semua haiwan ini akan berevolusi menjadi beruk. Ini bukanlah pernyataan dari Darwin, melainkan inilah yang dinyatakan Ibn Miskawayh dan inilah yang tercatat dalam Epistles of Ikhwan al-Safa. Beruk pula akan menjadi sejenis manusia yang berperangai seperti orang gasar, dan dari sini akhirnya menjadi manusia biasa. Manusia pula menjadi nabi, dan akan berevolusi pula kepada malaikat. Dan Tuhan berada di atas para malaikat. semuanya bermula dari Dia, dan akan berakhir dengan Dia."[1]

Manuskrip al-Fawz al-Asghar dalam bahasa Arab boleh didapati di Eropah sejak abad ke-19. Hasil kerja Ibn Miskawayh ini dipercayai telah dikaji oleh Darwin, dan sedikit sebanyak mempengaruhi cara Darwin, yang tahu berbahasa Arab, berfikir dan dalam menulis buku-buku beliau yang lain.[1]